Goat Anatomy

Goat Anatomy

Thursday, January 1, 2015

Baka-Baka Lembu Di Malaysia

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
  • Kedah Kelantan (K-K)
  • Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  • Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
  • Local Indian Dairy (LID)
  • Droughtmaster
  • Brahman.

a) Kedah-kelantan (KK)

  1. Warna coklat kekuningan atau hitam
  2. Baka lembu pedaging tempatan
  3. Sangat sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini
     



b) Brahman

  1. Berasal dari India
  2. Berwarna putih, kelabu, merah
  3. Mudah dikenali kerana ada bonggol di tengkuk dan telinga panjang
  4. Mudah beradaptasi dengan persekitaran
  5. Berat dewasa mencapai 181 kg semasa umur setahun

    



http://www.ansi.okstate.edu/breeds/cattle/brahman/
c) Hereford / Hereford x KK

  1. Hereford tulen atau kacukan dengan baka tempatan seperti KK
  2. Kebanyakannya mempunyai tanduk pendek dan tebal serta agak berpintal
  3. Kadar kelahiran sehingga 73%
  4. Jinak, cepat membesar dan daging berkualiti tinggi

       



d) Droughtmaster

  1. Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn.
  2. Berasal dari Utara Australia.
  3. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap.
  4. Matang bila mencapai umur purata 630 hari.
  5. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari.
  6. Berat mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2 tahun.

     



e) Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

  1. Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging.
  2. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
  3. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

      



f) Local Indian Dairy (L.l.D.)

  1. Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole dari India.
  2. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK.
  3. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.
  4. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. 
  5. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana.
  6. Tahan kutu dan jangkitan penyakit.
  7. Berat matang ialah 280 kg.
  8. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg beratnya.




g) Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

  1. Berwarna hitam kemerahan.
  2. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal.
  3. Dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia.
  4. Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg.
  5. Purata berat anak semasa lahir 24 kg dan berat matang ialah 360 kg.
  6. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg sehari.

      




Ciri-ciri pemilihan baka yang baik

1. Penjantan:
  • Lembu jantan berumur 1 tahun setengah
  • Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
  • Keturunan genetik yang bagus
  • Libido yang tinggi
  • Organ pembiakan yang baik dan normal


2. Induk betina:

  • Induk betina sudah berumur 1 tahun
  • Sifat fizikal lembu yang baik - tidak cacat
  • Keturunan genetik yang subur
  • Cepat membiak
  • Organ pembiakan yang sempurna


No comments:

Post a Comment